Thursday 5 December 2013

Juzuk 14



Juzud 14.


AL-AIJR (Batu Gunung) 2~99
AN-NAHL (lebah) 1~128


AL-AIJR (Batu Gunung) 2~99
2. Terkadang orang-orang kafir itu akan ingin, kalau mereka dahulunya jadi muslimin.
3. Biarkan lah mereka makan dan bersenang-senang dan dilalaikan mereka oleh cita-cita, kerana mereka akan mengetahui.
4. Dan tidak kami binasakan (penduduk) satu negeri melainkan sudah ada baginya satu kententuan yang ditetapkan.
5. Tidak bisa satu umat mendahului ajal nya dan tidak bisa mereka terkemudian.
6. Dan mereka berkata; “hai orang yang diturunkan peringatan atasnya ! sesungguhnya engkau seorang gila”.
7. “mengapakah engkau tidak bawa kan kepada kami Melaikat, jika betul engkau dari golongan orang-orang yang benar ?”.
8. Tidak kami turunkan melaikat melainkan dengan (membawa) kebenaran, dan kalau bagitu, tidaklah mereka diberi tempoh.
9. Sesungguhnya kamilah yang turunkan peringatan ini dan sesungguhnya kami lah penjaga baginya.
10. Dan sesungguhnya kami telah utus (rasul-rasul) sebelum mu diantara bangasa-bangsa dahulu.
11. Dan tidak seorang pun Rasul yang datang kepada mereka, melainkan mereka perolok-olok kan dia.
12. Demikian lah kami masukkan dia dalam hati-hati orang-orang yang berdusta.
13. Mereka tidak percaya kepada nya, pada hal telah lewat perjalanan orang-orang dahulu.
14. Dan jikalau kami bukakan bagi mereka satu pintu langit, lalu mereka naik terus padanya.
15. Nescaya mereka akan berkata; “sesungguhnya mata-mata kami dimabukkan, malahan kami ini orang-orang yang dimeterai.
16. Dan sesungguhnya kami telah jadikan dilangit bintang-bintang dan kami hiasi dia bagi orang-orang yang mahu melihat.
17. Dan kami pelihara dia dari tiap-tiap syaitan yang terkutuk.
18. Kecuali (syaitan) yang mencuri pendengaran maka di ikuti dia oleh nyalaan api yang terang.
19. Dan bumi ini, kami bentangkan dia dan kami adakan padanya gunung-gunung dan kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang ditimbang. 
20. Dan kami telah jadikan bagi kamu padanya, penghidupan-penghidupan dan apa-apa  yang kamu tidak mesti beri rezeki kepadanya.

21. Dan tidak satu pun benda, melainkan perbendaharaan nya ada disisi kami, dan tidak kami turunkan dia melainkan dengan ukuran yang tertentu.
22. Dan kami telah kirim angin-angin itu sebagai pengkhawin, lalu kami turunkan air dari langit, maka kami berikan kamu minum dia, pada hal bukanlah kamu yang (punya) perbendaharaan air itu.
23. Dan sesungguhnya kamilah yang menghidupkan dan mematikan, dan kamilah yang jadi waris.
24. Dan sesungguhnya kami telah mengetahui orang-orang yang dahulu dari antara kamu, dan sesungguhnya kami telah mengetahui orang-orang yang kemudian.
25. Dan sesungguhnya Tuhan mu ialah akan himpunkan kamu, kerana ia bijaksana, amat mengetahui.
26. Dan sesungguhnya kami jadikan manusia dari tanah yang kering, dari tanah hitam yanbg berubah bau.
27. Dan jin itu, kami jadikan dari lebih dahulu, dari api yang panas.
28. Dan (ingatlah) tetakala Tuhan mu berkata kepada melaikat; “sesungguhnya aku mahu bikin manusia dari tanah yang kering, dari tanah hitam yang berubah bau”.
29. Maka apabila aku sempurnakan dia dan aku tiupkan padanya ruh dari (bikinan) ku, hendaklah kamu tunduk sujud (menghormati) akan dia”.
30. Maka bersujudlah malaikat semua, sama sekali.

31. Melainkan iblis, ia enggan turut bersama yang bersujud.
32. Ia bertanya; “hai iblis ! mengapakah engkau tidak turut bersama mereka bersujud ?”.
33. Ia jawab; “aku tidakmahu sujud kepada manusia yang engkau jadikan dia dari tanah kering, dari tanah hitam yang berubah bau”.
34. Ia berfirman; “keluarlah daripada nya, kerana sesungguhnya engkau terkutuk”.
35. “Dan sesungguhnya adalah atas mu laknat sampai hari pembalasan”.
36. Ia berkata; “hai Tuhan ku ! kalau begitu, berilah akan daku tempoh sampai hari mereka dibangkitkan”.
37. Ia berfirman; “maka sesungguhnya engkau daripada (golonngan) orang-orang yang diberi tempoh”.
38. “sampai hari waktu yang ditentukan itu”.
39. Ia berkata; “hai Tuhan ku ! lantaran engkau sudah sesatkan daku, maka aku akan hiasai (kejahatan) kepada mereka didunia dan aku akan sesatkan mereka sekelian”.
40. “malainkan hamba-hamba mu yang ikhlas dari antara mereka”.

41. ia berfirman; “inilah satu jalan kepada ku yang lurus”.
42. Sesungguhnya hamba-hamba ku, tidak ada kekuasaan bagi mu atas mereka, kecuali siapa-siapa yang mengikut mu dari  orang-orang yang (mahu) sesat.
43. Dan sesungguhnya jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi mereka sekelian.
44. Ia ada mempunyai tujuh pintu, bagi tiap-tiap satu pintu dari mereka ada bahagian yang tertentu.
45. Sesungguhnya orang-orang yang berbakti adalah dalam syurga-syurga dan mata-mata air.
46. “Masuklah kepadanya dengan kesejahteraan, dengan keselamatan”.
47. Dan kami cabut kedengkian yang ada dihati-hati mereka, hal keadaan mereka bersaudaraan berhadap-hadapan atas tempat sendiri.
48. Tidak akan mengenai mereka penat, dan tidak akan mereka dikeluarkan daripadanya.
49. Khabarkan lah kepada hamba-hamba ku, bahawa aku lah pengampun, penyayang.
50. Dan bahawa azab ku, ialah azab yang pedih.

51. Dan khabarkan lah kepada mereka tentang tamu Ibrahim.
52. Tetakala mereka masuk kedalam rumahnya, lalu mereka berkata; “kesejahteraan”. Ia berkata; “sesungguhnya kami takut  kepada mu”.
53. Mereka berkata; “janganlah engkau takut, kerana kami hendak girangkan mu dengan seorang anak lelaki yang pandai.
54. Ia berkata; “apakah (betul) kamu girangkan daku, pada hal tua telah menyentuhku, maka dengan apakah kamu girangkan ?”.
55. Mereka jawab; “kami girangkan mu dengan benar, lantaran itu, jangan lah engkau jadi daripada (golongan) orang-orang yang putus harapan”.
56. Ia berkata; “dan bukankah tidak ada yang putus harapan dari rahmat Tuhan nya, melainkan orang-orang yang sesat ?”.
57. Ia bertanya; “apakah urusan kamu, hai utusan-utusan?”.
58. Mereka jawab; “sesungguhnya kami diutuskan kepada satu kaum yang berdosa”.
59. “Melainkan keluarga Lut”, sesungguhnya kami akan selamatkan mereka sekelian.
60. Kecuali isterinya, kami sudah tentukan, (bahawa) sesungguhnya ia daripada golongan orang-orang yang ketinggalan.
61. Maka tetakala utusan-utusan itu datang kepada kaum Lut.
62. Ia berkata; “sesungguhnya kamu ini satu golongan yang tidak terkenal”.
63. Mereka jawab; “bahkan kami  datang kepada mu dengan mambawa apa yang mereka ragu-ragu padanya”.
64. “Dan kami datang kepada mu dengan (membawa) kebenaran, dan sesungguhnya kami ini orang-orang yang benar”.
65. “Lantaran itu, berangkatlah bersama keluarga mu pada waktu malam dan ikutlah dibelakang mereka, dan janganlah berpaling seorang pun daripada kamu, dan pergilah kemana kamu diperintah”.
66. Dan kami selesaikan urusan itu kepadanya (iaitu) bahawa akar-akar mereka akan diputuskan pada waktu pagi.
67. Dan datanglah penduduk negeri itu dengan girang.
68. Ia berkata; “sesungguhnya mereka ini tamu-tamu ku, lantaran itu, janganlah kamu bikin malu akan daku”.
69. “Dan takutlah kepada Allah dan janganlah kamu hinakan daku”.
70. Mereka berkata; “bukankah kami telah larang mu dari (menerima) orang-orang”.

71. Ia berkata; “itu dia anak-anak perempuan ku, jika kamu mahu (juga) lakukan”.
72. Demi umur mu ! sesungguhnya mereka sesat dalam kemabukan mereka.
73. Lalu azab itu mengenai  mereka waktu terbit matahari.
74. Kami jadikan atasnya itu disebelah bawah dan kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang keras.
75. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda bagi orang-orang yang mahu fikirkan.
76. Dan sesungguhnya (negeri) itu, ada dijalan yang terang.
77. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada satu tanda bagi orang-orang yang beiman.
78. Dan sesungguhnya adalah orang-orang Aikah itu, sangat zalim.
79, Maka kami balas mereka, dan sesungguhnya dua-dua nya itu, ada dijalan yang terang.
80. Dan sesungguhnya penduduk-penduduk Al-Hijr telah dustakan Rasul-Rasul.
81. Dan kami telah beri kepada mereka tanda-tanda kami, tetapi mereka berpaling daripadanya.
82. Dan adalah mereka itu membikin rumah-rumah dari (batu) gunung dengan aman.
83. Lalu azab mengenai mereka waktu pagi-pagi.
84. Maka tidak bisa menolong akan mereka, apa yang mereka telah usahakan.
85. Dan tidak kami jadikan langit-langit dan bumi dan apa yang ada diantara dua-dua nya itu, melainkan dengan kebenaran, dan sesungguhnya saat itu akan datang, lantaran itu, maafkan lah dengan cara yang bagus.
86. Sesungguhnya  Tuhan mu, ialah yang sangat (kuasa) menjadikan, yang amat mengetahui.
87. Dan sesungguhnya kami telah beri kepada mu tujuh daripada yang diulang-ulang dan Quran yang besar.
88. Jangan lah engkau panjangkan dua mata mu kepada (nikmat) yang kami berikan dia kepada beberapa golongan dari antara mereka, dan jangan lah engkau berdukacita tentang mereka, dan rendahkan lah sayap mu terhadap mukmin.
89. Dan katakan lah; “sesungguhnya aku ini ialah pengancam yang terang”.
90. Sebagaimana kami telah turunkan (seksa) atas mereka yang membahagi-bahagi.
91. Yang jadikan Quran ini berbahagian-bahagian.
92. Demi Tuhan mu ! sesungguhnya kami akan tanya mereka sekelian.
93. Dari hal apa yan mereka telah kerjakan.
94. Lantaran itu, berterus teranglah dengan apa yang engkau diperintah, dan berpalinglah dari orang-orang musrikin.
95. Sesungguhnya kami akan pelihara mu dari orang-orang yang memperolok-olok kan.
96. Yang mengadakan bersama Allah satu Tuhan lain, maka mereka akan mengetahui.
97. Dan sesungguhnya kami mengetahui, bahawa sempit dada mu lantaran apa yang mereka katakan nya.
98. Lantaran  itu, bertasbihlah dengan memuji Tuhan mu, dan jadilah dari (golongan) orang-orang yang sujud.
99. Dan sembahlah Tuhan mu, sehingga datang kepada mu keyakinan itu.  



{16}  
AN-NAHL (lebah) 1~128.
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.

1. Sesungguhnya akan datang urusan Allah, lantaran itu, janganlah kamu minta lekaskan dia. Maha suci ia ! dan maha tinggi ia dari apa yang mereka sekutukan !.
2. Ia turunkan melaikat dengan (membawa) wahyu, dari perintahnya, atas siapa yag sukai dari hamba-hambanya, iaitu hendaklah kamu ancam, bahawa tidak ada Tuhan, melainkan aku, lantaran itu, berbaktilah kepada ku.
3. Ia telah jadikan langit-langit dan bumi dengan kebenaran. Maha tinggi ia dari apa yang mereka sekutukan !.
4. Ia jadikan manusia dari mani, tetapi tiba-tiba ia (jadi) pembantah yang terang.
5. Dan binatang-binatang ternak itu ia jadikan bagi kamu, padanya ada kehangatan dan manfaat-manfaat, dan daripadanya lah kamu makan.
6. Dan bagi kamu, padanya ada kecantikan tetakala kamu kembalikan dan tetakala kamu keluarkan.
7. Dan mereka bawa beban-beban  kamu kesatu negeri yang kamu tidak bisa sampai kepadanya melainkan dengan menyusahkan diri, sesungguhnya Tuhan kamu pencinta, penyayang.
8. Dan (ia jadikan) kuda dan bagral dan keldai untuk kamu tonggangi mereka dan sebagai perhiasan, dan ia jadikan apa yang kamu tidak tahu.
9. Dan atas tanggungan Allah lah hal menunjukkan jalan, dan diantaranya ada yang bengkok, tetapi jika  ia mahu, nescaya ia pimpin kamu sekelian.
10. Ialah yang turunkan air dari langit bagi kamu, yang daripada nya (ada) minuman, dan daripada nya lah (jadi) pohon-pohon yang padanya kamu bisa mengembala.

11. Ia tumbuhkan bagi kamu dengan (air) itu, tumbuh-tumbuhan dan zaitun dan khurma dan anggur-anggur, dan dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, sesungguhnya pada yang demikian itu ada satu tanda bagi kaum yang mahu fikirkan.
12. Dan ia mudahkan bagi kamu malam dan siang dan matahari dan bulan, dan bintang-bintang itu dimudahkan dengan perintah nya, sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda kaum yang mahu fikirkan.
13. Dan (ia mudahkan) apa-apa yang ia jadikan bagi kamu dibumi (dengan) berlainan-berlainan warna, sesungguhnya pada yang demikian itu, ada satu tanda bagi kaum yang mahu ingat.
14. Dan ialah yang mudahkan laut, supaya kamu bisa makan daripada nya daging yang lembut, dan (supaya)  kamu bisa keluarkan daripadanya perhiasan yang kamu bisa pakai dia dan engkau lihat kapal-kapal berjalan padanya dan supaya kamu bisa cari kurnianya, dan supaya kamu berterima kasih.
15. Dan ia adakan dibumi gunung-gunung (supaya) ia tidak mengoncangkan kamu, dan (ia adakan) sungai-sungai dan jalan-jalan, supaya kamu dapat pertunjuk jalan.
16. Dan  (ia adakan) tanda-tanda, dan dengan bintang lah mereka dapat pertunjuk jalan.
17. Apakah zat yang menjadikan itu (sama) seperti zat yang tidak menjadikan ?  apakah kamu tidak mahu fikirkan ?
18. Dan jika kami mahu hitung nikmat Allah, tidaklah bisa kamu jumlahkan dia, sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang.
19. Dan Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan.
20. Dan (berhala-berhala) yang mereka seru selain dari Allah itu tidak menjadikan satu apa pun, tetapi merekalah yang dijadikan.

21.  (Mereka itu) mati, bukan hidup dan mereka tidak tahu kenapakah mereka akan dibangkitkan.
22. Tuhan kamu, Tuhan yang satu, maka orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat itu, hati-hati mereka menolak dan mereka sombong.
23. Sebenarnya , bahawa Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan  dan apa yang mereka nyatakan, sesungguhnya ia tidak suka kepada  orang-orang sombong.
24. Dan tetakala mereka ditanya; “apakah yang Tuhan kamu turunkan?” mereka jawab; “cerita-cerita orang-orang dahulu”.
25. Akhirnya mereka pikul beban-beban mereka dengan sempurna pada hari kiamat dan (juga) sebahagian dari beban-beban orang-orang yang mereka sesatkan dengan tidak berpengetahuan, sesungguhnya, jelek sekali apa yang mereka pikul.
26. Sesungguhnya telah menipu daya orang-orang yang dahulu dari mereka, maka Allah binasakan pendirian mereka dari dasar-dasar nya, yaitu runtuh bumbung atas mereka, dan datang kepada  mereka seksa dari  jurusan yang mereka tidak sadar.
27. Kemudian pada hari kiamat, Allah akan hinakan mereka sambil ia bertanya; “manakah sekutu-sekutu ku yang kamu memerangi (kaum mukmin) pada (membela) mereka ?” berkata orang-orang yang mempunyai ilmu; “sesungguhnya kehinaan pada hari ini dan kejahatan, mengenai orang-orang yang kafir”.
28. Yang diterima oleh melaikat, pada hal mereka mengenai diri-diri mereka, maka mereka menyuruh diri (sambil berkata); “tidaklah ada kami kerjakan kejahatan”.  “ya ! sesungguhnya Allah tahu apa yang kamu kerjakan”.
29. “lantaran itu, masuklah ke pintu-pintu neraka  dengan keadaan kekal pada nya, maka sesungguhnya jeleklah tempat orang-orang yang sombong.
30. Dan ditanya kepada orang-orang yang berbakti; “apakah yang diturunkan oleh Tuhan kamu?” mereka jawab; “kebaikan”, bagi orang-orang yang berbuat baik didunia ini, ada (ganjaran) kebaikan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu, lebih baik dan sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang berbakti.

31. (ialah) syurga-syurga kekal, yang mereka akan masuk padanya, pada hal mengalir padanya sungai-sungai, adalah bagi mereka pada nya apa yang mereka sukai, demikianlah Allah balas orang-orang yang berbakti.
32. Yang diterima oleh Melaikat dengan baik, sambil mereka berkata; “kesejahteraan atas kamu, masuklah syurga (ini) dengan amal yang kamu telah kerjakan”.
33. Bukan kah mereka tidak tunggu, melainkan supaya melaikat datang kepada mereka atau datang perintah Tuhan mu ? demikianlah dikerjakan oleh  orang-orang sebelum mereka, dan Allah tidak mengenai mereka, tetapi adalah mereka mengenai diri-diri mereka sendiri.
34. Maka mengenai mereka kejahatan yang mereka telah kerjakan, dan meliputi mereka apa yang mereka telah perolok-olok kan.
35. Dan berkata orang-orang musrik; “jikalau Allah mahu, tentu kita tidak sembah apa pun selain daripada nya, (tidak) kami dan tidak (pula) bapa-bapa kami, dan (tentu) kami tidak haramkan sesuatu apa pun dengan tidak (izin)nya”. Demikianlah  diucapkan oleh orang-orang sebelum mereka, maka bukankah (tidak wajib) atas Rasul-Rasul itu, melainkan penyampaian yang terang ?.
36. Dan sesungguhnya kami telah utuskan pada tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan perintahnya); “hendaklah kamu sembah Allah dan jauhi berhala-berhala”, maka antara mereka ada yang dipimpin oleh Allah dan antara mereka ada (pula) yang tetap atasnya kesesatan, lantaran itu, berjalanlah dibumi dan lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan.
37. Jika engkau harapkan sungguh-sungguh akan terpimpin nya mereka, maka sesungguhnya Allah tidak beri pertunjuk kepada orang yang menyesatkan (manusia),  dan tidak ada bagi mereka penolong-penolong.
38. Dan mereka sumpah dengan nama Allah (dengan) sebenar-benar sumpah mereka; “Allah tidak akan bangkitkan orang yang sudah mati”.  Tidak demikian ! bahkan (ia akan tunaikan) perjanjian yang benar, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu.
39. Untuk ia terangkan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan dan supaya orang-orang kafir tahu, bahawa adalah mereka orang-orang yang berdusta.
40. Tidak lain perkataan kami bagi sesuatu, apabila kami mahukan dia, melainkan kami berkata kepadanya; “JADILAH”, lalu ia jadi.

41. Dan orang-orang yang pindah kerana (keredaan) Allah, sesudah mereka dianiaya, maka kami akan kasi kepada mereka tempat yang baik didunia, tetapi balasan akhirat lebih besar, kalau mereka mahu tahu.
42. (iaitu) orang-oranng yang sabar dan kepada Tuhan merekalah mereka berserah diri.
43. Dan tidak kami urus sebelum mu, melainkan laki-laki yang kami  beri wahyu kepda mereka, lantaran itu tanyalah kepada ahli berpengetahuan jika kamu tidak tahu.
44. Dengan (membawa) keterangan-keterangan dan kitab-kitab, dan kami turunkan kepada mu peringatan, buat engkau terangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka berfikir.
45. Apakah akan selamat orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan-kejahatan itu, (daripada) dibenamkan oleh Allah dibumi atau (daripada) datangnya azab kepada mereka dengan jalan yang mereka tidak sadar ?.
46. Atau (daripada) ia seksa mereka dalam perjalanan mereka ? maka tidaklah mereka bisa terlepas !.
47. Atau (daripada) ia seksa mereka dalam keadaan ketakutan ? kerana sesungguhnya Tuhan kamu itu pengasih, penyayang.
48. Dan tidaklah mereka lihat sesuatu yang dijadikan oleh Allah, yang beredar bayangan nya kekanan dan kekiri, kerana sujud kepada Allah, pada hal mereka merendah diri?
49. Dan kepada Allah lah bersujud apa yang ada dilangit-langit dan apa yang ada dibumi dari antara yang merayap dan (juga) melaikat, pada hal mereka tidak sombong.
50. Mereka takut kepada Tuhan mereka, yang diatas mereka, serta mereka kerjakan apa yang mereka diperintah.

51. Dan Allah berkata; “janganlah kamu adakan dua Tuhan, (kerana) tidak lain ia itu, melainkan Tuhan yang  satu, dan kepada ku lah hendaknya  kamu takut”.
52. “Dan baginya lah apa yang ada dilangit-langit dan dibumi, dan baginya lah ketaatan dengan tetap, apakah kepada yang selain dari Allah kamu mahu berbakti ?”
53. Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu (adalah) dari Allah, kemudian, apabila kena kepada kamu bahaya, maka kepadanya lah kamu berteriak”.
54. “kemudian, apabila ia lepaskan bahaya dari kamu, tiba-tiba ada segolongan dari antara kamu sekutukan Tuhan mereka”.
55. “Kerana mereka tidak berterima kasih kepada apa yang kami berikan kepada mereka , lantaran itu, bersenang-senang lah kamu  maka kamu akan mengetahui”.
56. Dan mereka untuk kan satu bahagian  bagi apa yang mereka tidak mengetahui dari apa yang kami telah kurniakan kepada mereka, demi Allah, sesungguhnya kamu akan ditanya dari hak apa yang kamu ada-adakan.
57. Dan mereka ada kan bagi Allah anak-anak perempuan, maha suci  ia ! dan bagi merekalah apa yang mereka mahu.
58. Dan apabila dikhabarkan kepada seorang dari mereka akan (anak) perempuan, jadilah muka nya hitam pada hal ia marah.
59. Ia bersembunyi dari manusia lantaran kejahatan yang dikhabarkan kepadanya, apakah ia akan pelihara dia dalam kehinaan atau kah ia akan sumbatkan dia dalam tanah ? sungguh ! jelek apa yang mereka hukumkan.
60. Bagi orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat, ada sifat kejahatan, dan bagi Allah lah sifat yang tinggi, dan ialah yang gagah, yang bijak sana.

61. Dan kalau Allah seksa manusia lantaran kezaliman mereka , tentu ia tidak akan tinggalkan dibumi seorang (makhluk)  yang merayap, tetapi ia beri tempoh kepada  mereka supaya satu masa yang tertentu, maka apabila datang tempoh mereka, tidaklah bisa mereka minta ditakhirkan sebentar dan tidak bisa mereka minta dimajukan.
62. Dan mereka adakan bagi Allah apa yang mereka (sendiri) tidak suka, pada hal lidah-lidah mereka mengucapkan dusta, (iaitu)  bahawa bagi mereka ada kebaikan, (tetapi) sesungguhnya mereka lah yang dimajukan (ke naraka).
63. Demi Allah ! sesungguhnya kami telah utus (Rasul-Rasul) kepada umat-umat sebelum mu, tetapi syaitan merupakan baik akan amal-amal mereka, kerana ia jadi ketua mereka pada hari itu, dan bagi  merekalah azab yang pedih.
64. Dan tidak kami turunkan kepada mu kitab (ini), melainkan buat engkau terangkan kepada mereka perkara yang mereka berselisihan padanya, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi  kaum yang beriman.
65. Dan Allah turunkan air dari langit lalu dengan itu ia hidupkan bumi sesudah matinya, sesungguhnya pada yang demikian itu, ada satu tanda bagi kaum yang mahu dengarkan (kebenaran).
66. Dan sesungguhnya bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, ada pelajaran, kami beri minum kamu dari apa yang ada diperut-perut nya (yang terbit) dari antara kotoran dan darah, iaitu susu yang bersih, yang gampang bagi orang-orang yang mahu minum.
67. Dan dari buah-buah kurma dan anggur, kamu jadikan daripada (perahan)nya (minuman) yang memabukkan dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda bagi kaum yang mahu fikirkan.
68. Dan Tuhan mu wahyukan kepada labah; “hendaklah engkau jadikan sebahagian dari gunung-gunung sebagai rumah, dan (bagitu juga) pohon-pohon dan sebahagian yang mereka jadikan atap”.
69. “Kemudian makanlah dari semua (macam) buah-buahan itu, lalu jalanlah dijalan-jalan Tuhan mu dengan merendah diri”, akan keluar dari perut-perut nya minuman yang berlainan warna nya yang padanya ada penawar bagi manusia, sesungguhnya pada yang demikian, ada tanda bagi kaum yang mahu fikirkan.
70. Dan Allah telah jadikan kamu, kemudian ia akan terima kamu, dan sebahagian dari kamu ada yang dikembalikan kepada sejelek-jelek umur, supaya ia tidak tahu sesuatu apa pun sesudah tahu,  sesungguhnya Allah mengetahui, berkuasa.

71. Dan Allah telah lebih kan sebahagian dari kamu atas sebahagian tentang rezeki, tetapi tidaklah orang-orang yang dilebihkan itu memberikan rezeki mereka kepada hamba-hamba mereka, tetapi mereka sama padanya, apakah patut mereka ingkari nikmat Allah ?
72. Dan  Allah telah jadikan bagi kamu, dari jenis kamu, jodoh-jodoh dan ia jadikan dari isteri-isteri kamu itu anak-anak dan cucu-cucu dan ia kurniakan kepada kamu barang-barang yang baik, lantaran itu, patutkah mereka beriman kepada yang salah, (patutkah) akan nikmat Allah mereka kufur ?.
73. Dan (patutkah) mereka sembah selain dari Allah, yang tidak memilik kan sedikit pun rezeki bagi mereka dari langit-langit dan (tidak dari) bumi, dan mereka tidak akan kuasa ?
74. Lantaran itu, janganlah kamu adakan bagi Allah misal-misal, sesungguhnya Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.
75. Allah telah adakan perumpamaan, (iaitu) seorang hamba yang dimiliki, yang tidak berkuasa atas sesuatu, dan orang yang kami kurnia’i  dari (perbendaharaan) kami, satu kurnia yang baik , lalu ia belanjakan nya dengan sembunyi dan dengan terang-terang, adakah mereka itu sama ? sekelian pujian bagi Allah ! tetapi kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.
76. Dan Allah adakan perumpamaan  dua orang laki-laki , seorang dari mereka berdua bisu, tidak berkuasa atas sesuatu, dan ia bergantung kepada tuan nya, kemana sahaja ia hadapkan dia, ia tidak mendatangkan kebaikan, adakah ia sama dengan orang yang menyuruh (manusia) melakukan keadilan, sedang (sendiri) atas jalan yang lurus ?
77. Dan bagi Allah lah rahsia langit-langit dan bumi, dan tidaklah urusan kiamat itu, melainkan seperti kejapan mata atau lebih dekat, sesungguhnya Allah berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
78. Dan Allah keluarkan kamu dari perut ibu-ibu kamu, dengan keadaan kamu tidak mengetahui sesuatu, dan ia adakan bagi kamu pendengaran dan pemandangan-pemandangan dan hati-hati, supaya kamu berterima kasih.
79. Tidak kah mereka lihat kepada burung-burung yang dimudahkan di udara langit ? tidak ada yang menahan mereka, melainkan Allah, sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda bagi kaum beriman.
80. Dan Allah jadikan bagi kamu akan sebahagian dari rumah-rumah kamu itu sebagai tempat tinggal, dan ia jadikan bagi kamu dari kulit-kulit binatang ternak, sebagai rumah-rumah yang kamu dapati dia ringan pada hari pelayaran kamu dan pada hari ketatapan kamu, dan dari bulu-bulu nya dan rambut-rambut nya (ia jadikan) perkakas rumah dan perhiasan sampai satu masa.

81. Dan Allah adakan bagi kamu, dari benda-benda yang ia telah jadikan itu tempat-tempat pernaungan, dan ia jadikan bagi kamu dari gunung-gunung itu tempat-tempat tinggal, dan ia jadikan bagi kamu pakaian yang menjaga kamu daripada panas, dan pakaian-pakaian yang memelihara kamu waktu peperangan kamu, demikianlah ia sempurnakan nikmat nya atas kamu supaya kamu mahu menyerahkan (diri).
82. Tetapi jika mereka berpaling, maka sesungguhnya tidak ada (kewajiban) atas mu, melainkan penyampaian yang terang.
83. Mereka tahu nikmat Allah, kemudian mereka ingkari dia kerana kebanyakan mereka, ialah orang-oranng yang tidak berterima kasih.
84. Dan (ingatlah) hari yang kami akan bangkitkan dari tiap-tiap yang kami akan bangkitkan dari tiap-tiap umat, seorang saksi, kemudian tidak akan di izinkan kepada orang-orang yang tidak percaya, dan tidak (pula) akan diminta mereka membikin keredaan.
85. Dan (alangkah dahsat nya) apabila orang yang mengenai itu lihat azab ! maka  tidaklah akan di ringankan  (azab) bagi mereka, dan tidak akan diberi tempoh kepada mereka.
86. Dan apabila orang-orang musrik itu lihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata; “hai Tuhan kami ! mereka ini lah sekutu-sekutu kami yang kami seru selain dari mu”, maka mereka itu hadapkan kepada mereka perkataan; “sesungguhnya kamu pendusta”.
87. Dan mereka hadapkan kepada Allah, pada hari itu, penyerahan, dan hilanglah daripada mereka apa yang mereka ada-ada kan.
88. Orang-orang yang tidak percaya dan berpaling dari jalan Allah, kami tambah bagi mereka azab atas azab lantaran mereka adakan kerosakan.
89. Dan (ingatlah) hari yang kami akan bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari antara mereka, dan kami jadikan mu saksi atas mereka, dan kami turunkan atas mu  kitab  yang menerangkan  tiap-tiap sesuatu dan sebagai  pertunjuk dan rahmat dan khabar senang bagi muslimin.
90. Sesungguhnya Allah  suruh (berlaku) adil dan (berbuat) kebaikan dan menolong keluarga yang hampir dan melarang dari (mengerjakan) yang keji dan yang munkar dan kezaliman, ia nasihati kamu, supaya kamu ingat.

91. Dan sempurnakan lah perjanjian (dengan nama) Allah apabila kamu berjanji, dan janganlah kamu pecahkan sumpah-sumpah itu sesudah kamu kuatkan dia, pada hal kamu telah jadikan Allah sebagai saksi, kerana sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
92. Dan janganlah kamu jadi seperti perempuan yang merombak tenunan selembar-selembar sesudah beres, (iaitu) kami jadikan sumpah-sumpah kamu sebagai tipu daya antara kamu,  lantaran (ada) satu golongan (yang) lebih banyak dari satu golongan, Allah hanya mahu cuba kamu dengan itu, dan tentu ia akan terangkan kepada kamu pada hari kiamat apa yang kamu perselisihkan.
93. Dan kalau Allah mahu, nescaya ia jadikan kamu (semua) satu umat, tetapi ia sesatkan siapa yang ia kehendaki dan ia pimpin siapa yang ia kehendaki, dan kamu akan ditanya dari hal sesuatu yang kamu telah kerjakan.
94. Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpah kamu saebagai tipu daya antara kamu, kerana nanti tergelincir kaki sesudah tegap nya dan nanti kamu rasakan kejahatan lantaran kamu berpaling dari jalan Allah,  dan adalah bagi kamu azab yang besar.
95. Dan jangan lah kamu jual perjanjian Allah dengan harga yang sedikit, sesungguhnya apa yang ada pad sisi Allah itu, ialah lebih baik bagi kamu, jika kamu tahu.
96. Apa yang ada pada sisi kamu bisa habis, tetapi apa yang ada pada sisi Allah kekal, dan kami akan tunaikan kepada  orang-orang yang sabar akan ganjaran mereka dengan lebih bagus dari apa  yang mereka pernah kerjakan.
97. Barang siapa berbuat kebaikan dari antara laki-laki atau perempuan pada hal ia mukmin, maka kami akan hidupkan dia dengan penghidupan yang baik dan kami akan tunaikan kepada mereka akan ganjaran mereka dengan lebih bagus dari apa yang mereka prenah kerjakan.
98. Lantaran itu apabila engkau (mahu) baca Quran, hendaklah engkau berlindung kepada Allah daripada  syaitan yang terkutuk.
99. Sesungguhnya tidak ada bagi nya kekuasaan atas orang-orang yang beriman, dan kepada Tuhan mereka, mereka serahkan diri.
100. Hanya kekuasaan nya adalah atas orang-orang yang jadikan dia penolong dan (atas) orang-orang yang sekutukan dia.

101. Dan apabila kami tukarkan satu ayat ditempat satu ayat sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang ia turunkan, mereka berkata “sesungguhnya engkau ini tidak lain, melainkan tukang ada-adakan”, bahkan kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.
102. Katakan lah; “diturunkan dia oleh roh yang suci dari Tuhan mu dengan (membawa) kebenaran, buat menguatkan orang-orang yang beriman, dan sebagai satu petunjuk dan khabar senang bagi muslimin”.
103. Dan sesungguhnya kami mengetahui, bahawa mereka berkata; “hanya manusia yang mengajarnya, (pada hal) bahasa orang yang mereka condong kepadanya itu, bahasa asing, sedangkan ini bahasa Arab yang terang.
104. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, tidak akan Allah pimpin mereka dan adalah bagi mereka azab yang pedih.
105. Tidak mengada-adakan  dusta itu melainkan orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan merekalah orang-orang yang berdusta.
106. (ialah) siapa yang tidak percaya kepada Allah sesudah beriman, kecuali orang yang dipaksa, sedangkan hatinya tetap dengan keimanan, tetapi barang siapa terbuka hatinya dengan  kekufuran, maka atas merekalah kemarahan dari Allah dan bagi merekalah azab yang besar.
107. Yang demikian itu, lantaran mereka suka kepada penghidupan dunia lebih daripada akhirat, dan lantaran sesungguhnya Allah tidak memimpin kaum yang kafir.
108. Merekalah orang-orang yang Allah cap atas hati-hati mereka dan pendengaran mereka dan  penglihatan-penglihatan mereka, dan mereka lah orang-orang yang lalai.
109. Tidak syak, bahawa  mereka diakhirat ialah orang-orang yang rugi.
110. Kemudian, sesungguhnya Tuhan mu terhadap orang-orang yang berhijrah, sesudah mereka diberi percubaan, kemudian mereka bersungguh-sungguh dan sabar, sesungguhnya Tuhan mu, sesudah itu, adalah pengampun, penyayang.

111. (iaitu) pada hari yang datang tiap-tiap jiwa membela dirinya, dan disempurnakan bagi tiap-tiap jiwa apa yang  ia telah kerjakan, dan mereka tidak akan dianiayai.
112. Dan Allah adakan perumpamaan ; satu negeri yang aman dan sentosa, datang padanya rezeki nya dengan  luas dari tiap-tiap tempat, tetapi mereka kufur akan nikmat-nikmat Allah, lantaran itu Allah rasakan mereka kekufuran dan ketakutan lantaran apa yang mereka telah kerjakan.
113. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka seorang Rasul dari antara mereka, tetapi mereka dustakan dia, lalu mengenai mereka azab, sedang mereka (tetap) orang-orang yang menganiayai.
114. Lantaran itu, makanlah dari apa yang Allah kurniakan kepada kamu dengan halal dan baik, dan berterima kasih lah akan nikmat Allah, jika (benar)  akan dialah kamu menyembah.
115. Tidak lain ia haramkan atas kamu, melainkan bangkai dan darah dan daging babi dan apa yang disembeleh untuk lain dari Allah, tetapi barang siapa terpaksa, pada hal ia tidak mahu dan tidak melewati batas, sesungguhnya Allah, mengampun, penyayang.
116. Dan janganlah kamu ucapkan dusta yang disifatkan oleh lidah-lidah kamu; “ini halal dan itu haram” untuk kamu ada-ada kan dusta atas nama Allah, sesungguhnya orang-orang mengada-adakan dusta atas  nama Allah, tidak akan berbahagia.
117. (Iaitu) perhiasan yang sedikit, tetapi bagi mereka ada azab yang pedih.
118. Dan atas orang-orang yuhadi, kami telah haramkan apa yang kami ceritakan kepada mu dahulu, dan tidak kami  anyanyai mereka, tetapi adalah diri-diri mereka sendiri mereka aniayai.
119. Kemudian, sesungguhnya Tuhan mu, terhadap orang-orang yang berbuat kejahatan dengan kebodohan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan berbuat kebaikan, maka sesungguhnya Tuhan mu sesudah itu, pengampun, panyayang.
120. Sesungguhnya Ibrahim itu adalah seorang yang tunduk kepada Allah (lagi) lurus, dan bukanlah ia dari golongan musrikin.
121. Yang berterima kasih kepada nikmat-nikmat nya, ia pilih akan dia dan ia pimpin dia kejalan yang lurus.
122. Dan kami  datangkan kepadanya didunia kebaikan, dan sesungguhnya diakhirat adalah ia daripada golongan orang-orang yang soleh.
123. Kemudian  kami wahyukan kepada mu; “hendaklah engkau turut agama Ibrahim yang lurus, dan bukanlah  ia daripada golongan musrikin”.
124. Tidak dijadikan sabtu, melainkan atas orang-orang yang berselisihan padanya, dan sesungguhnya Tuhan mu, akan mengharamkan antara mereka pada hari kiamat, tentang apa yang mereka perselisehkan.
125. Serulah kejalan Tuhan mu dengan bijaksana dan nasihat yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhan mu, ialah yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan nya dan ialah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang terpimpin.
126. Dan jika kamu (balas)  menyeksa, maka hendaklah kamu menyeksa sebanding dengan apa yang kamu  diseksa dengan nya, dan jika kamu sabar, maka adalah ia itu lebih baik bagi orang-orang yang sabar.
127. Dan sabarlah,  kerana tidak ada kesabaran mu itu, melainkan dengan Allah, dan janganlah engkau berdukacita terhadap mereka, dan janganlah engkau ada dalam kesempitan hati lantaran tipu daya  mereka.
128. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang memelihara diri-diri mereka, dan (bersama) orang-orang yang berbuat kebaikan.


[Previous Juzuk][Next Juzuk][Summary]
[Previous Site][Next Site][Home]